SELAMAT DATANG

selamat membaca blog ini,
insyaallah dua hari sekali update.
renung-renungkanlah dan selamat beramal.....

Selasa, 23 September 2008

TEST SPM DAH HABIS

ASSALAMUALAIKUM

Alhamdulillah dalam diam-diam sudah hari ke 23 umat islam menyambut ramadhan serta berpuasa dan juga saya bersyukur kehadrat Allah kerana dapat selesaikan ujian percubaan spm bagi tahun 2008 ne...

Tadi semasa selesai sekolah, saya pun menghadap laptop di dalam bilik disipiin sambil melihat telatah pelajar-pelajar islam menggantungkan ketupat yg dibuat dengan mengunakan tali rebin. bermacam-macam warna yang dia semua buat, tak sempat pulak nak ambil gambar sebab fon tak bawak...
esoklah saya masukkan...

Any way, puasa tinggal seminggu lagi, rumah saya sudah siap di cat dengan bewarna hijau.
ape-ape pon biarkn la. ne hari petang kepale saya bnyk sakit serta selsema yang kian menjadi-jadi, apesal tah mungkin cuaca yang terlalu panas kot???...
sakit-sakit pon sempat hantar mak pergi beli kain pangsir, oi dapat duduk dalam air corn kereta punye sedap tak macam air corn kat dalam rumah tu suam-suam je rase kat kulit ne...

Tadi ade satu accdent yang berdekatan dengan rumah saya, sebuah lori yang membawa pasir untuk menambak jalan haiway pasir gudang ke desaru telah merembuh deretan rumah kedai yang berhampiran jalan raya tersebut. ini kerana lori tersebut mengelak sebuah kerete volvo yang memasuk sempang tiga itu tanpa berhenti dahulu sebelum lintas, menyebabkan pekerja kedai berkenaan cedera parah akibat dirempuh lori tersebut.
mangsa selamat dikejarkan ke hospital dengan dengan mengunakan ambulan yang datang beberapa minit kemudian...
sewaktu balik dari membeli kain pangsir saya menyinggah di tempat kemalangan dan mendapati lori yang termasuk ke dalam kedai itu belum di keluarkan...
persoalannya... kenapa lori tersebut belum dikeluarkan lagi dan pergi mananya lori penarik sedangkan kemalangan itu berlaku dalam lingkungan pukul 11 pagi lagi???
saya mendapati kemalangan yang boleh meragut nyawa ini tidak diambil tindakkan dengan cepat seolah-olah berlaku kemalangan basikal dengan basikal saja...

Ya Allah apa sudah jadi dengan orang-0rang sekarang ne...
oleh itu jadikanlah iktibar kepada semua orang...
jika kita biarkan kemalangan yang berlaku itu tanpa menselesaikanya dengan cepat ia akan mengundag kemalangan lagi di tempat berkenaan pada masa yang sama akan meragut nyawa jika dipandang main-main...

ok sambung esoklah..
wassalam....